JOM KAMPUNG STAIL @ Kampung Kubang Jeliti, Abi Padang Melangit
Blog ini didedikasikan bagi mendokumentasikan serta berkongsi satu Projek Pelancongan bagi Pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 5 , Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Bertemakan Edutour - "The Hidden Jewels of Perlis" , projek ini telah membangunkan satu pakej pelancogan edu yang bertemakan budaya - "Jom Kampung Stail'
Kampung yang dipilih adalah Kampung Kubang Jeliti, Abi Padang Melangit, Perlis. Kampung ini masih terpelihara keindahan, suasana serta kehidupan kampung. Penduduknya masih mengusahakan sawah bendang dan berkebun dan juga masih mengamalkan adat dan budaya orang kampung. Dikelilingi oleh sawah bendang terbentang luas, berlatar belakangkan bukit bukau dan kehijauan alam semula jadi yang masih segar.
Rumah Paklong dan Maklong dipilih sebagai tuan rumah kerana keunikan warisan yang masih terpelihara pada rumah kediaman mereka. Begitu teruja apabila kami menjumpai rumah traditsional lama yang masih utuh, berusia lebih 60 tahun. Tuan rumah yang sangat mesra menyambut tetamu dan tidak jemu berkongsi pengalaman dan melayan setiap tetamu yang hadir.
Peserta Trip Pertama pada 24 Ogos 2017 yang terdiri dari pelajar Politeknik.
![Image may contain: 25 people, people smiling, people standing and outdoor](https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/22141042_141003266517544_816498484323733852_n.jpg?oh=1e2e0143ae519d41307965443b541b13&oe=5A4119EF)
Peserta Trip kedua pada 27 September 2017 yang terdiri dari pelajar Politeknik, Pelajar AFS Perlis Chapter dari Jepun dan Sepanyol, dan juga para pensyarah Politeknik sendiri.
Di dalam pakej ini, dikongsikan ilmu dan pengalaman dari penduduk kampung yang mempunyai bakat dan pengalaman luas iaitu membuat anyaman kelarai oleh Puan Meriah yang merupakan waris tunggal anyaman tradisi dari buluh ini. Turut serta dikongsikan juga ialah pembuatan kuih tradisional iaitu kuih karas dan kuih goyang oleh Makteh.
Bermacam- macam lagi aktiviti kampung dapat dilaksanakan di sini termasuk "mengail" di petak sawah padi, "besiang" sendiri ikan puyu dan haruan hasil mengail, "kait buah nyok", minum " ayaq nyoq", main congkak, dan lain-lain lagi.
Seterusnya sebelum balik, dihidangkan makan tengahari lauk pauk kampung di bawah pepohon jambu dengan angin sepoi2 bahasa.
Akan dikongsikan lagi secara terperinci aktiviti kebudayaan di sini. In shaa Allah.
Educational Tourism
The Hidden Jewels Of Perlis
by:
Diploma In Tourism Management
Semester Five, JPH, PTSS, Perlis.
Comments
Post a Comment