Posts

Makan Tengahari Kampung Stail

Image
Istimewanya pengalaman Jom Kampung Stail adalah tradisi menyediakan makan tengahari bersama orang kampung. Para ibu akan datang bergotong royong untuk menyediakan makanan kampung bersama-sama. Ini adalah warisan orang dahulu yang bermuafakat dalam segala hal. Lauk pauk yang dihidang pastinya lauk kampung dan makan bersila atas tikar berkongsi talam. Hidangan kampung terdiri dari nasik putih, gulai, ulam, pekasam, satur rebung, ikan 'darat" bakar, sambal belacan, asam pedas dan lain-lain lagi. , Terima kasih kepada penduduk Kampung Kubang Jeliti, Abi Padang Melangit yang melayani kami dengan sungguh istimewa...satu pengalaman yang pasti akan terpahat di hati.

JOM KAMPUNG STAIL @ Kampung Kubang Jeliti, Abi Padang Melangit

Image
Blog ini didedikasikan bagi mendokumentasikan serta berkongsi  satu Projek Pelancongan bagi Pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 5 , Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Bertemakan Edutour - "The Hidden Jewels of Perlis" , projek ini telah membangunkan satu pakej pelancogan edu yang bertemakan budaya - "Jom Kampung Stail' Kampung yang dipilih adalah Kampung Kubang Jeliti, Abi Padang Melangit, Perlis. Kampung ini  masih terpelihara keindahan, suasana serta kehidupan kampung. Penduduknya masih mengusahakan sawah bendang dan berkebun dan juga  masih mengamalkan adat dan budaya orang kampung. Dikelilingi oleh sawah bendang terbentang luas, berlatar belakangkan bukit bukau dan kehijauan alam semula jadi yang masih segar. Rumah Paklong dan Maklong dipilih sebagai tuan rumah kerana keunikan warisan yang masih terpelihara pada rumah kediaman mereka. Begitu teruja apabila kami menjumpai rumah traditsi...